Wednesday, July 13, 2011

BAGAIMANA MENJADI JUTAWAN TERBILANG?

Strategi Jutawan Terbilang


unta.jpgArtikel lalu telah dijelaskan  mengapa  jutawan  terbilang zaman Rasulullah SAW berniaga  bersungguh-sungguh mencari kekayaan. Adakah kekayaan itu untuk dirinya? adakah untuk keluarganya?. Anda pasti terperanjat bukan?... Mereka berniat berjual beli dengan Allah demi mendapat  syurga-Nya.  Tujuan utama mereka  mencari kekayaan  adalah untuk mendaulatkan kalimah Allah SWT hingga Islam tersebar luar  menjadi  rahmat  sekelian alam. Allah izin dengan pengorbanan jutawan terbilang  seperti  Saidatina  Khadijah Khuwailid (isteri pertama Rasulullah SAW), Saidina Abdul Rahman Bin Auf, Saidina Abu Bakar  As Siddiq, Saidina Uthman bin Affan dan mereka  yang seikhlas  jiwa mewakafkan dirinya  untuk menyebarkan kefahaman Islam yang tulen, maka  Islam telah  tersebar luas hingga  ke seluruh pelusuk  dunia.

Di sini ingin saya berkongsi bahan bacaan dari sesawang  jutawan  internet bernama Irfan Khairi. http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/strategi-perniagaan-unta-abdul-rahman-b-auf/
Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, di mana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.
Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.
Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?
Apabila ditanya, jawabnya…
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.
Hebat!

Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman B Auf adalah seorang saudagar termasyur yang dijanjikan syurga.
Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: Apakah strategi  perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?
Jawabnya:
  1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit…
  2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta…
  3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran…
Apa yang dimaksudkan mengikut pendapat saya:
  1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit pun. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita untuk sesetengah target market. Dengan itu, keuntungan masih kita dapat… rezeki masih berpihak kepada kita walaupun sedikit.
  2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.
  3. Cash transaction only :)  
Saya pasti, 3 tip perniagaan Abdul Rahman B Auf boleh diperkembangkan lagi dan menjadi antara strategi anda dalam menjalankan perniagaan ;)